Search This Blog

Friday, October 17, 2014

PENGALAMAN BERSALIN DI PUTRA MEDICAL CENTRE- PART 2

Assalammualaikum,

Ni part 2 tentang pengalaman aku bersalin anak kedua. Sesungguhnya perjalanan aku utk melahirkan anak kedua ini dipermudahkan. Syukur sgt2 ke hadrat Ilahi. Sebetulnya aku dijangka bersalin pada 3/10/2013. Jadi memandangkan semester baru bermula untuk pelajar baru aku ade banyak lecture yang harus disampaikan..huhu...

Last lecture aku adalah pada hari Rabu 25/9/2013. Masih gagah dgn perut memboyot bg lecture. Risau jugak kalau terberanak tetiba.haha. Tapi malam tu da sempat berpesan pada baby supaya jangan keluar lagi...hehe...Alhamdullilah baby dengar kata.haha.

Sebenarnya kalau ikutkan memang da tak larat sangat dah. Tapi digagahkan juga badan ini. Entah la sejak dua menjak ni craving giler dengan aiskrim. Macam tak percaya boleh habeskan satu tupperware besar ice cream dgn sekali makan.huhu. Jadi on Thursday, 26/9/2013 adalah hari terakhir aku checkup kat klinik faculty. Doc suh aku buat OGTT test. Oh Mai Gaddddd...sebelum ni tak perlu pon, tapi sebab berat naik mendadak dan kandungan air ketuban tetiba banyak doc dok suspect aku ade diabetes (Padahal aku rasa ade kaitan dgn kegilaan makan ice cream tetiba ni..hehe...makanan manis giler kan...)..

Jadi pada pagi Khamis tu gigih la amek darah kul 8 a.m...pastu minum air gula sampai loya loya. sementara tgu nak amek darah balik doc suruh pergi check up. Sekali doc cakap... "Eh, awak dah buka 3 cm ni..". HAAA....aku da nak bersalin la.... (Excited!!!dancing dancing).."takpayah la amek darah kali kedua utk check gula...awk da nak bersalin pon"...YEAY!!!!!

Time tu memang xde rasa sakit apa pun. Ala, da biasa period pain memang la..so dah tau buka 3cm, gi cafe faculty and contact la orang2 yang patut nak jupe or ada apa2 nak signature aku ka...apa ka...ye la....lepas ni nak cuti 3 bulan tu...hehe.takmau la ade gangguan. Niat nak menyusukan anak tu sgt2 tinggi.

Pastu kol la husband bgtau. Balik rumah dulu nak tido. Aleesya, anak first dah plan nak hantar rumah jiran. Time tu kul 12. Hubby kata nak pergi cari kurma. Takpe la, aku pon nak tido. Esok2 nak beranak kene jaga anak weeiiiiii...Hilang satu nikmat sementara. hehe.

Malam tu aku plan nak pi spital lepas jer solat Isyak. Bukaan pagi td dalam 3cm pada  pukul 9 pagi.. Jadi aku agak2 je sekarang bukaan da 5cm. Tp still takder rasa sakit lagi. Lepas solat Isyak, telefon mak, hantar Aleesya ke rumah jiran and gerak dgn hubby...

To be continued.....

haha.

Terima kasih kerana setia membaca....!

Thursday, October 9, 2014

PENGALAMAN BERSALIN DI PUTRA MEDICAL CENTRE, SG. BULOH PART 1~ Panduan Memilih hospital bersalin

Assalammualaikum readers,

Harini nak cerita sikit pengalaman saya ketika bersalin anak kedua, Leeya (Leeya dah setahun dah pon...hehe..baru sekarang nak cite). Leeya lahir pada, hari Jumaat, 3.30 am, 27th September 2013. Sesungguhnya perancangan Allah itu maha hebat kerana, lahirnya Leeya pada tarikh kelahiran bapa tercinta. Kira birthday present untuk abah la ni...hehe.

Pemilihan hospital bersalin..
Selepas membuat sedikit carian tentang hospital bersalin, kitorang buat keputusan memilih Putra medical centre, Sg. buloh (www.putramedicalcentre.com/) untuk melahirkan leeya. Ada 5 sebab kenapa saya memilih PMC.

  1. Faktor Jarak. Jarak hospital yang dekat dari rumah. Terletak berdekatan pasaraya The Store Sg. Buloh. Dekat la dengan ofis saya dan juga rumah. Klu terberanak kat ofis senang nak gi. hehe.
  2. Boleh pilih pakar. Saya NO NO NO sangat dengan doc lelaki. Saya memilih Dr. Ratna dari PMC. (Ada pengalaman).Nanti gue cerita yer.;p
  3. Harga yang SILALAH UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI YER. Rate kat sini boleh dikatakan reasonable..takde la mencekik macam DEMC, KPJ ke...hehe. Rate lebih kurang macam PUSRAWI.
  4. Feedback/Review yang bagus2 hasil carian di internet dan juga personal communication.
  5. Boleh buat Planning. Decide nak sangat bersalin NORMAL kali ni. Hazab mak jemah bersalin Ceazer Leesya dulu masih terasa (Ngilu mak teringat balik..huhuh).
Medical Check-up di hospital bersalin yang dipilih..

OK. Saya buat monthly check up kat klinik staf je. Tapi disebabkan saya nak bersalin di PMC, saya mesti ada rekod disana. Takder ar nnti WALK IN or pakai terjah je kan. Sekurangnya ade rekod kesihatan kita didaftarkan disana. Jangan risau, sekali appointment pon da cukup. 

Saya dulu hanya pergi PMC masa kandungan mencecah hampir 9 bulan. Membuat appointment dgn Dr. Ratna sebab mmg nak dgn dia. Kat sini ade 2 orang pakar Gynea. yang lagi sorang Dato Dr. Zarul (Lelaki, Tp tersangatla baik and lembutnye).

Dr. Ratna kecil je orangnya, dan sgtla soft spoken. Sampai sy ragu2, boleh ke dr. ni tolong saya beranak nnti..haha. Tapi sy hanya berserah segalanya pada Allah. Dah malas nak pk. Bwk perut pon da tak larat dah.huhu. 

Dari pemeriksaan Dr. Ratna, anak sy ada sedikit masalah. Terlilit tali pusat dileher sebanyak 2 lilitan. Tp Dr. Ratna positive dan itu buat saya sedikit lega walau terdapat kegusaran. Saya berbincang tentang keinginan bersalin normal, dan dia amat menyokongnya.-).Bayaran untuk normal checkup+ ultra sound dalam lingkungan RM 50-RM 70 untuk sekali pemeriksaan.

OK..Cukup untuk kali ni.. Part 2 tentang kronologi nak bersalin tu akan bersambung kemudian.

Terima kasih kerana setia membaca!=)


Tuesday, October 7, 2014

OK KE COMPARE ANAK ANAK SENDIRI???

Ini anak sulung kesayangan- Leesya

Anak kedua kesayangan- Leeya
"When you have TWO kids, you will start comparing.."


Itulah yang diucapkan oleh rakan sekerja (expatriate from Iraq) pada pagi itu. Saya hanya tersenyum, tetapi malam itu masih terngiang2 di telinga. Yup, dulu saya hanya ada seorang anak, Aleesya. Syukur dikurniakan anak perempuan kedua.

Saya sedar, apa yang diucapkan benar. Bila saya fikir balik, tanpa sedar saya dan suami membandingkan mereka. THIS IS TOTALLY NOT GOOD. Yes, It is NATURAL for most of parents to compare their kids, in terms of behavior or their achievement milestones. But, i must do it correctly TANPA MEREKA SEDARI.

Contoh perbuatan tanpa sedar kami....(maafkan kami...Sobs sobs...huhu). JANGAN TIRU YA. INI KESILAPAN DAN KEKHILAFAN KAMI.

  • "Aleesya dulu, 6 bulan da boleh duduk dan merangkak,,9 bulan da boleh berjalan. Tapi Alya ni 9 bulan taknak jalan lagi...hanya berdiri tanpa bantuan.." suami saya berkata kepada saya pada suatu hari. Saya mengiyakan.."Ye la...dia malas sikit ni nak jalan"..  
  •  
  •  
  • " Kenapa la Alya ni manja sangat. Semua nak berdukung. Tgk kakak tu, dulu tak macam ni pon. Pandai berdikari je". Suatu hari saya merungut tanpa sedar ketika penat. 
  •  
  •  
  • " Aleesya dulu da mula bercakap dari umur setahun dan beberapa perkataan sudah boleh difahami..Tp Alya hanya dengan bahasa nya sendiri". Maybe dia tak minum susu banyak ni"..Suami beberapa kali menyuarakan kerisauannya.
 
Sebenarnya ada perkara yang perlu kamu ketahui..

1. Setiap bayi/individu itu adalah berbeza. Allah jadikan mereka dengan sifat dan fizikal yang berbeza sejak kecil lagi.

2. Tumpuan kita sudah berbeza. Dulu ketika anak pertama kita terlalu "excited". Anak pertama dikatakan. Semua benda kita nak dia tahu cepat. Bila anak kedua kita kurang dalam memberi FULL attention sebab nak focus pada 2 anak atau lebih.

3. Berikan bayi membesar dengan cara mereka. Sesetengah bayi tidak merangkak, tapi terus berjalan. Beri mereka ruang. Masa bayi adalah paling pantas. Kita akan merindui saat -saat itu.

Jadi, kepada anak2 mama, mama sayangkan korang berdua. Membesarlah anak2ku, lambat atau cepat..insyaAllah anak2 ku akan jadi manusia berguna... ;p.