Search This Blog

Friday, October 17, 2014

PENGALAMAN BERSALIN DI PUTRA MEDICAL CENTRE- PART 2

Assalammualaikum,

Ni part 2 tentang pengalaman aku bersalin anak kedua. Sesungguhnya perjalanan aku utk melahirkan anak kedua ini dipermudahkan. Syukur sgt2 ke hadrat Ilahi. Sebetulnya aku dijangka bersalin pada 3/10/2013. Jadi memandangkan semester baru bermula untuk pelajar baru aku ade banyak lecture yang harus disampaikan..huhu...

Last lecture aku adalah pada hari Rabu 25/9/2013. Masih gagah dgn perut memboyot bg lecture. Risau jugak kalau terberanak tetiba.haha. Tapi malam tu da sempat berpesan pada baby supaya jangan keluar lagi...hehe...Alhamdullilah baby dengar kata.haha.

Sebenarnya kalau ikutkan memang da tak larat sangat dah. Tapi digagahkan juga badan ini. Entah la sejak dua menjak ni craving giler dengan aiskrim. Macam tak percaya boleh habeskan satu tupperware besar ice cream dgn sekali makan.huhu. Jadi on Thursday, 26/9/2013 adalah hari terakhir aku checkup kat klinik faculty. Doc suh aku buat OGTT test. Oh Mai Gaddddd...sebelum ni tak perlu pon, tapi sebab berat naik mendadak dan kandungan air ketuban tetiba banyak doc dok suspect aku ade diabetes (Padahal aku rasa ade kaitan dgn kegilaan makan ice cream tetiba ni..hehe...makanan manis giler kan...)..

Jadi pada pagi Khamis tu gigih la amek darah kul 8 a.m...pastu minum air gula sampai loya loya. sementara tgu nak amek darah balik doc suruh pergi check up. Sekali doc cakap... "Eh, awak dah buka 3 cm ni..". HAAA....aku da nak bersalin la.... (Excited!!!dancing dancing).."takpayah la amek darah kali kedua utk check gula...awk da nak bersalin pon"...YEAY!!!!!

Time tu memang xde rasa sakit apa pun. Ala, da biasa period pain memang la..so dah tau buka 3cm, gi cafe faculty and contact la orang2 yang patut nak jupe or ada apa2 nak signature aku ka...apa ka...ye la....lepas ni nak cuti 3 bulan tu...hehe.takmau la ade gangguan. Niat nak menyusukan anak tu sgt2 tinggi.

Pastu kol la husband bgtau. Balik rumah dulu nak tido. Aleesya, anak first dah plan nak hantar rumah jiran. Time tu kul 12. Hubby kata nak pergi cari kurma. Takpe la, aku pon nak tido. Esok2 nak beranak kene jaga anak weeiiiiii...Hilang satu nikmat sementara. hehe.

Malam tu aku plan nak pi spital lepas jer solat Isyak. Bukaan pagi td dalam 3cm pada  pukul 9 pagi.. Jadi aku agak2 je sekarang bukaan da 5cm. Tp still takder rasa sakit lagi. Lepas solat Isyak, telefon mak, hantar Aleesya ke rumah jiran and gerak dgn hubby...

To be continued.....

haha.

Terima kasih kerana setia membaca....!

No comments:

Post a Comment