Search This Blog

Thursday, October 9, 2014

PENGALAMAN BERSALIN DI PUTRA MEDICAL CENTRE, SG. BULOH PART 1~ Panduan Memilih hospital bersalin

Assalammualaikum readers,

Harini nak cerita sikit pengalaman saya ketika bersalin anak kedua, Leeya (Leeya dah setahun dah pon...hehe..baru sekarang nak cite). Leeya lahir pada, hari Jumaat, 3.30 am, 27th September 2013. Sesungguhnya perancangan Allah itu maha hebat kerana, lahirnya Leeya pada tarikh kelahiran bapa tercinta. Kira birthday present untuk abah la ni...hehe.

Pemilihan hospital bersalin..
Selepas membuat sedikit carian tentang hospital bersalin, kitorang buat keputusan memilih Putra medical centre, Sg. buloh (www.putramedicalcentre.com/) untuk melahirkan leeya. Ada 5 sebab kenapa saya memilih PMC.

  1. Faktor Jarak. Jarak hospital yang dekat dari rumah. Terletak berdekatan pasaraya The Store Sg. Buloh. Dekat la dengan ofis saya dan juga rumah. Klu terberanak kat ofis senang nak gi. hehe.
  2. Boleh pilih pakar. Saya NO NO NO sangat dengan doc lelaki. Saya memilih Dr. Ratna dari PMC. (Ada pengalaman).Nanti gue cerita yer.;p
  3. Harga yang SILALAH UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI YER. Rate kat sini boleh dikatakan reasonable..takde la mencekik macam DEMC, KPJ ke...hehe. Rate lebih kurang macam PUSRAWI.
  4. Feedback/Review yang bagus2 hasil carian di internet dan juga personal communication.
  5. Boleh buat Planning. Decide nak sangat bersalin NORMAL kali ni. Hazab mak jemah bersalin Ceazer Leesya dulu masih terasa (Ngilu mak teringat balik..huhuh).
Medical Check-up di hospital bersalin yang dipilih..

OK. Saya buat monthly check up kat klinik staf je. Tapi disebabkan saya nak bersalin di PMC, saya mesti ada rekod disana. Takder ar nnti WALK IN or pakai terjah je kan. Sekurangnya ade rekod kesihatan kita didaftarkan disana. Jangan risau, sekali appointment pon da cukup. 

Saya dulu hanya pergi PMC masa kandungan mencecah hampir 9 bulan. Membuat appointment dgn Dr. Ratna sebab mmg nak dgn dia. Kat sini ade 2 orang pakar Gynea. yang lagi sorang Dato Dr. Zarul (Lelaki, Tp tersangatla baik and lembutnye).

Dr. Ratna kecil je orangnya, dan sgtla soft spoken. Sampai sy ragu2, boleh ke dr. ni tolong saya beranak nnti..haha. Tapi sy hanya berserah segalanya pada Allah. Dah malas nak pk. Bwk perut pon da tak larat dah.huhu. 

Dari pemeriksaan Dr. Ratna, anak sy ada sedikit masalah. Terlilit tali pusat dileher sebanyak 2 lilitan. Tp Dr. Ratna positive dan itu buat saya sedikit lega walau terdapat kegusaran. Saya berbincang tentang keinginan bersalin normal, dan dia amat menyokongnya.-).Bayaran untuk normal checkup+ ultra sound dalam lingkungan RM 50-RM 70 untuk sekali pemeriksaan.

OK..Cukup untuk kali ni.. Part 2 tentang kronologi nak bersalin tu akan bersambung kemudian.

Terima kasih kerana setia membaca!=)


No comments:

Post a Comment